14-09-2015
Pelabur dinasihatkan bersedia hadapi pasaran saham turun naik (Utusan Malaysia - Bisnes)
KUALA LUMPUR 13 Sept - Pelabur-pelabur dinasihatkan agar memperuntukkan sebahagian kecil portfolio bagi aktiviti jual beli runcit bagi menghadapi keadaan pasaran saham yang turun naik ketika ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kenanga Investors Bhd. (KIB), Ismitz Matthew De Alwis berkata, para pelabur juga disaran mengambil pendekatan jangka masa panjang apabila melakukan pelaburan kerana ia dapat membantu mereka menangani ketidaktentuan dan pergolakan pasaran saham ketika ini.